SOTO JAWA (JOHOR )
NASI IMPIT ( SY rebus je nasi impit segera tu-saya suka guna nona sebab wangi dan lembut)
Kuah soto :
Bahan A
Ayam seekor(potong kecik2)/daging lembu/kambing
BAHAN B
bawang besar merah ( 2 ulas)
bawang putih ( 3 ulas )
ketumbar (rendam dulu ) 1 sudu
jintan manis/jintan putih ( 1 sudu )
halia ( sebesar ibu jari)
BAHAN C-
mINYAK SECUKUPNYA)
rempah tumis
serai ( 3 batang ) titik
garam secukupnya
sup bunjut
kiub ayam (kalau nk letak )
Air secukupnya
daun sup/daun bawang
BAHAN D (SAMPINGAN-SEMUA DI GORENG BERASINGAN)
Suhun 1 pack
kacang tanah (ikut suka)
kentang ( potong tipis)
bergedil daging ( Kalau ada )
Ayam dada - pas goreng-siat/carik2 guna garfu
BAHAN SAMBAL KICAP
cili padi 7 biji ( atau ikut suka )
bawang putih sebiji
gula 1 sudu
kicap manis(sy suka guna kicap kipas udang.
( tumbuk semua bahan baru bubuh kicap.)
Cara-cara membuat :
1. tumbuk semua bahan A.nak kisar kering pun boleh.kalau kisah basah kena tunggu bahan tumis sampai kering dan masak.
2.Masukkan minyak secukupnya.Tumis bahan A
3.Tumis hingga naik bau dan garing.Masukkan air.
4.Masukkan ayam/daging
5.Masukkan garam/serai yg dititik/kiub ayam.daging/suo bunjut
6.Masak hingga mendidik dan empuk
7.goreng semua bahan2 D.
8.Tumbuk sambal kicap.
9.Hidang sup dan taburkan daun sup serta bawang goreng.Masukkan semua bahan D yg di goreng kedalam /ambik sikit2 je.
10.potong nasi impit.
11.makan bersama sambal kicap dan bergedil daging.
Selamat mencuba!Nyum..nyum..