intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Selasa, 27 Disember 2011

KEHIDUPAN KITA



Bila yang manis jadi tawar.


Bila yang gembira jadi duka.


Tak mustahil sesuatu yang baik itu bertukar menjadi yang paling buruk.
Kerana KITA  tidak pernah cuba kekalkan apa yang kita ada.
Tetapi lebih suka selesa dengan yang ada tanpa usaha.

Kita lebih suka menyalahkan orang lain dari mengkaji punca kejadian.
Setiap yang jadi mesti ada punca dan sebab kenapa ia berlarutan.

Carilah.
Bincanglah.

Kerana peluang tak selalu datang.

Rabu, 21 Disember 2011

ASAM GARAM KEHIDUPAN.



Dia yg kukenali adalah insan yg serba sederhana.Walaupun bibir dan tingkahnya sukar mengungkapkan sayang namun pada kejernihan matanya jelas limpahan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi. MENCURAHKAN kasih dgn caranya yg tersendiri buat isteri dan permata hati.Walau adakala terbit teguran kemarahan juga lontaran suara garang namun itu mengajar erti ketegasan. Pegangan kehidupan perlulah berlandaskan ketegasan dan prinsip hidup yg kental supaya tidak goyah dlm mengharungi cabaran.Walau ada pasang surutnya ,terguris   perasaan dan berbeza pandangan namum segalanya adalah asam garam kehidupan utk menguji keutuhan ikatan kasih sayang kami.Yang pasti tidak ada kudis dihati dan tiada dendam bersemadi,bahKAN menguatkan lagi kasih sayang kami....SEMOGA KAMI SENTIASA DILIMPAHI KEBAHAGIAAN DAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI.

Ahad, 18 Disember 2011

Budi disemai


Hari ni penoh dgn aktiviti budi
budi pada tanah
tanam pokok karapole
pokok pandan
pokok serai
dan lengkuas
di belakang rumah yg ada tanah sekangkang tu
Lepas tu,
korek dan bersih longkang depan rumah jiran
yg selalu tersumbat bila hujan
berpeloh dan letih.

Isnin, 12 Disember 2011

kiriman sahabat

pisang salai dan buah salak.
pisang salai tu kegemaran laki aku
buah salak feberet aku
aku tak makan pon pisang salai
anak2 pon tak suka
depa kata bau asap
tapi laki aku makan jugak buah salak
mana aci.....
buah salak dah habeh
pisang salai belambak lagi dlm tapawe.
semua tu buah tangan sahabat dr Parit Raja, Batu Pahat
terima kasih daun keladi kak Mas dan Bg Wahed.

Jumaat, 9 Disember 2011

ombak rindu

dah tengok ombak rindu.......
 punya la excited nk tengok sanggup p tengok sorang-sorang .ok la crita dia....kita bg 3 bintang.


rinduku umpama
ombak yang tak berhenti
kasihmu bagai pantai
yang setia menanti