intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Rabu, 21 Disember 2011

ASAM GARAM KEHIDUPAN.



Dia yg kukenali adalah insan yg serba sederhana.Walaupun bibir dan tingkahnya sukar mengungkapkan sayang namun pada kejernihan matanya jelas limpahan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi. MENCURAHKAN kasih dgn caranya yg tersendiri buat isteri dan permata hati.Walau adakala terbit teguran kemarahan juga lontaran suara garang namun itu mengajar erti ketegasan. Pegangan kehidupan perlulah berlandaskan ketegasan dan prinsip hidup yg kental supaya tidak goyah dlm mengharungi cabaran.Walau ada pasang surutnya ,terguris   perasaan dan berbeza pandangan namum segalanya adalah asam garam kehidupan utk menguji keutuhan ikatan kasih sayang kami.Yang pasti tidak ada kudis dihati dan tiada dendam bersemadi,bahKAN menguatkan lagi kasih sayang kami....SEMOGA KAMI SENTIASA DILIMPAHI KEBAHAGIAAN DAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen bila dah baca..jgn segan2 yer...