intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Selasa, 26 Jun 2012

LAYANG-LAYANG







Umpama wau dan layang-layang...
makin kuat dilambung angin makin tinggi ia terbang...
makin menarik dilihat dan makin berbangga si pemegang tali...
namun bila ia putus...
melayang dan jatuhnya tiada siapa mencari..
koyak rabaknya tiada siapa peduli...

Jumaat, 15 Jun 2012

TEMPE





Tempe.AKU SUKA...kalau p kedai tgk tempe goreng sambal ngan kacang..memang aku suka makan.. Dan kawan aku selalu tanya aku. "kau ni jawa  ke suka sangat makan tempe?" lorrrrrrrrr. Kalau bukan Jawa, tak boleh makan tempe ke?  Aku lepuk  karang mulut  puaka niang rapik ni. Aku tak ada keturunan Jawa pon,tapi aku suka gila makan tempe.Tempe baik untuk kesihatan dalaman tauuu. Ewahhhh entah betul ke tidak, aku main bantai je. Makan tempe banyak-banyak, kulit boleh licin macam Khir Toyo.hehehe....


jika ku tak bangun esok pagi





jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi




MENGAPA KITA MENGUAP



Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan.  Sesetengah orang menguap kalau rasa bosan.

Kenapa menguap boleh berjangkit?
Tengok orang lain menguap, kita pun nak menguap ye….ooopppp…tutup mulut dulu.
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.
Itu teori dari barat. Rasulullah s. a. w. juga mengajar kita adab menguap
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Nota : kalau  tutup mulut dengan tangan kanan,  gunakan tapak tangan.  Kalau guna tangan kiri, gunakan belakang tapak tangan ( kekura tangan ).

Selasa, 12 Jun 2012

BANGSA CINA DAN BANGSA MELAYU







Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap... hari.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Sayang kucing?
Kucing makan banyak?
Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik.
Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Kedai buruk tapi duit banyak?
Bergadai tanah atau meminjam dari orang?
Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu.
Dicari kontraktor melayu.
Apa dalam fikiran kontraktor melayu?
Sebut harga hanya 20 ribu katanya.
Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.
Jawapan cina, " Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar.

~renung2kan~

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS




Inilah PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS yang telah aku ringkaskan untuk rujukan agent2 Takaful/Insurans semua syarikat Takaful/Insurans di Malaysia khususnya Prudential BSN Takaful dan juga untuk pengetahuan masyarakat di luar sana.Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini akan menjadi info yang berguna untuk kita semua demi mencari keberkatan dan keredhaan Allah swt....InsyaAllah~


Isnin, 11 Jun 2012

Doa Dhuha (UNIC) + lirik lengkap

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM






Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah lipatan hari ini pembuka dengan catatan kegembiraan,
kebahagian dan kelapangan
Panjangkan umurku dalam keimanan,
Sihatkan tubuh badanku dengan kecemerlangan akal juga
berikan kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Kurniakan keselamatan dalam pemeliharaan-Mu
Hindarkan aku daripada segala kepayahan yang merunsingkan,
pemikiran yang membingungkan dan
pengalaman yang menyedihkan

Ya Allah, rahmatilah permintaanku ini,
Terimalah kepasrahan diriku kepada-Mu
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Amin… Amin.. Ya Rabillalamin…

Ahad, 10 Jun 2012

PERSAHABATAN LELAKI DAN PEREMPUAN








Dalam PERSAHABATAN 


antara lelaki dan perempuan, 


diumpamakan seperti API dan AIS..


Jika ada BATAS JARAK, 


kedua-dua elemen ini TIDAK AKAN MEROSAKKAN satu sama lain..


TETAPI bagaimana pula jika DIDEKATKAN keduanya??


Sama ada API MENCAIRKAN AIS..


Atau AIS yang MEMADAMKAN API..


Renung2kan.. ♥

Selasa, 5 Jun 2012

SEINDAH SAKURA






MUNGKIN KITA SENGAJA DIPERTEMUKAN DENGAN CINTA YG SALAH AGAR KITA BERSYUKUR SETELAH KITA MENDAPAT CINTA YG SEBENAR.....


Jumaat, 1 Jun 2012

tip mudah jadi setia



Tip mudah jadi setia

Bawa pasangan anda kemana sahaja anda pergi dan sekiranya kemajlis,usah sesekali meninggalkan pasangan anda berseorangan.

Perkenalkan pasangan anda kepada mereka dlm majlis untuk memberitahu kpd org ramai anda dah berumahtangga

Sentiasa berada di rumah jgn asyik keluar berjalan atau bersama rakan rakan  dan berlagak umpama org bujang

Pergi bercuti bersama biarpun mempunyai anak ramai

Sekiranya berada dikalangan ank-anak, pastikan pasangan anda adalah insan yang diutamakan dlm perhatian.masih boleh memperlihatkan yg anda menyayangi anak2 namun jgn sampai ianya menggugat perhubungan dgn pasangan.

Apa yg pasti, sekiranya anda berasa perasaan semakin "kabur" dengan pasangan , berkomunikasi dgn jujur dan lakukan sesuatu dgn segera untuk menyelamatkan rumah tangga anda.