intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Isnin, 11 Jun 2012

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM






Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah lipatan hari ini pembuka dengan catatan kegembiraan,
kebahagian dan kelapangan
Panjangkan umurku dalam keimanan,
Sihatkan tubuh badanku dengan kecemerlangan akal juga
berikan kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Kurniakan keselamatan dalam pemeliharaan-Mu
Hindarkan aku daripada segala kepayahan yang merunsingkan,
pemikiran yang membingungkan dan
pengalaman yang menyedihkan

Ya Allah, rahmatilah permintaanku ini,
Terimalah kepasrahan diriku kepada-Mu
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Amin… Amin.. Ya Rabillalamin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen bila dah baca..jgn segan2 yer...