intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Selasa, 3 Januari 2012

SIKAP KITA

SIKAP KITA MENENTUKAN SAMADA KITA MENARIK:

Kekayaan atau kemiskinan

kesihatan atau kesakitan

kekuatan atau kelemahan

keberkatan atau bala

kejayaan atau kegagalan

jesteru bentuk sikap yang POSITIF

Ahad, 1 Januari 2012

AZAM TAHUN BARU

Datang tahun baru jekkk mesti nak ada azam baru, baju baru, henbeg baru,cadar baru, langsir baru, alas meja baru, dan macam2 yg baru..hehehe


Tapi tahun ini malas lah nak semangat ber AZAM AZAM ni.


Seperti biasa, azam-azam aku setiap tahun sama je lebih kurang wishlist nya. Tapi selalunya habuk pon tarak. So aku malas nak ada azam. Orang kata kalau kita nak sesuatu benda tu jangan kecoh-kecoh dekat orang,nanti tak jadi. Orang lah kata bukan aku kata. So malas lah nak ber azam ni. Simpan sensorang je lah apa nak. Kalau dapat apa yang kita nak Alhamdulillah, kalau yang dirancang tak dapat, tak apa lah tak ada rezeki . So simple like ABCD....




Apa-apa pon. Selamat datang 2012! Semoga IANYA menjadi lebih baik .

Semoga tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun 2011 . Tak payah nak pesta-pesta sangat. Please don't drink and drive. Nanti meninggal ......so gud bye

Selasa, 27 Disember 2011

KEHIDUPAN KITA



Bila yang manis jadi tawar.


Bila yang gembira jadi duka.


Tak mustahil sesuatu yang baik itu bertukar menjadi yang paling buruk.
Kerana KITA  tidak pernah cuba kekalkan apa yang kita ada.
Tetapi lebih suka selesa dengan yang ada tanpa usaha.

Kita lebih suka menyalahkan orang lain dari mengkaji punca kejadian.
Setiap yang jadi mesti ada punca dan sebab kenapa ia berlarutan.

Carilah.
Bincanglah.

Kerana peluang tak selalu datang.

Rabu, 21 Disember 2011

ASAM GARAM KEHIDUPAN.



Dia yg kukenali adalah insan yg serba sederhana.Walaupun bibir dan tingkahnya sukar mengungkapkan sayang namun pada kejernihan matanya jelas limpahan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi. MENCURAHKAN kasih dgn caranya yg tersendiri buat isteri dan permata hati.Walau adakala terbit teguran kemarahan juga lontaran suara garang namun itu mengajar erti ketegasan. Pegangan kehidupan perlulah berlandaskan ketegasan dan prinsip hidup yg kental supaya tidak goyah dlm mengharungi cabaran.Walau ada pasang surutnya ,terguris   perasaan dan berbeza pandangan namum segalanya adalah asam garam kehidupan utk menguji keutuhan ikatan kasih sayang kami.Yang pasti tidak ada kudis dihati dan tiada dendam bersemadi,bahKAN menguatkan lagi kasih sayang kami....SEMOGA KAMI SENTIASA DILIMPAHI KEBAHAGIAAN DAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI.

Ahad, 18 Disember 2011

Budi disemai


Hari ni penoh dgn aktiviti budi
budi pada tanah
tanam pokok karapole
pokok pandan
pokok serai
dan lengkuas
di belakang rumah yg ada tanah sekangkang tu
Lepas tu,
korek dan bersih longkang depan rumah jiran
yg selalu tersumbat bila hujan
berpeloh dan letih.

Isnin, 12 Disember 2011

kiriman sahabat

pisang salai dan buah salak.
pisang salai tu kegemaran laki aku
buah salak feberet aku
aku tak makan pon pisang salai
anak2 pon tak suka
depa kata bau asap
tapi laki aku makan jugak buah salak
mana aci.....
buah salak dah habeh
pisang salai belambak lagi dlm tapawe.
semua tu buah tangan sahabat dr Parit Raja, Batu Pahat
terima kasih daun keladi kak Mas dan Bg Wahed.