intai-intai
jenguk sebentar untuk pengalaman hidup
Isnin, 28 Mei 2012
mesteri lembaga wanita dlm kereta
“Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
nak tahu lebih lanjut klik kat sini yer....
Ahad, 27 Mei 2012
kalau wanita sudah hilang malu
Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat mempertahankan perasaan malunya,manakala kegagahan seorang lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan rasa marahnya.
Kecantikan seorang wanita memang terletak pada bagaimana dia memperhias dirinya dengan sifat2 malu. Wanita yg sudah hilang rasa malu sudah kehilangan keanggunan dirinya.
Apa yg ingin ditegaskan disini ialah malu juga adalah motivasi terbaik manusia. kerana adanya sifat malu,ramai org terselamat dari tersandung dan jatuh terjelepuk dlm kehidupannya.Malah,pada pendpt saya,selagi manusia bertahan pada perasaan malu hidupnya akan terselamat.Sebaik sahaja dia sudah tidak berasa malu,sebahagian drpd ciri2 kemanusiaan yg ada pd dirinya sudah hilang.
Wanita dan malu adalah sinonim...tidak ada ertinya seorg wanita tanpa sifat malu.
Jika anda seorg wanita, ketahuilah anda seorg yg amat cantik tatkala anda berada diluar, anda masih boleh mempertahankan rasa malu dan lebih cantik tatkala peluang untuk berasa malu itu terbentang luas, anda masih mampu mempertahankannya,tulus dari lubuk hati anda.
Sabtu, 26 Mei 2012
sayang semudah ABC
Sayang Semudah ABC
Assalamualaikum.Hari ni Nak cakap sikit .Korang perasaan tak ada manusia yang senang sangat ucapkan kata2 sayang ni.Kadang tuh baru kawan sebulan dua dah terhegeh-hegeh nak panggil2 sayang,darling,honey lah.Memang hegeh betol kan.Rasa nak siku2 jer org ni.
Terus terang cakap aku memang cukup menyampah dengan spesies manusia yang macam ni.Lantak lah orang nak cakap aku ni kampung or kuno ka,aku tak kesah.Janji aku tak kacau hidup korang kan.
Situasi yang selalu terjadi :
Gatal : hai sayang.Dah lama tak chat kan sayang.
Malu : Huish! xsuka la panggil2 syg!
Gatal : hai!Tu pon nk marah.i mmg pgl syg dekat suma kwn i tauu!
Malu : Tak kesah lah, tp i xsuka.
Gatal : Eleh u ni ..i gurau jer...sory la kalau tak suka....hehehe. i promise i tak buat lg...
====Gatal has signed out===
Tu contoh yang pernah jadi dekat i.Memang i tak suka.Nampak mudahnya u panggil2 i sayang .Terima kasih ja lah ek,u simpanlah word sayang tuh untuk manusia lain.i tak suka!
Nampak macam tak special word sayang tuh bila semua orang tibai panggil sayang.Lagi satu kalau u dah kawan dengan i lama & sangat rapat takpa lah juga,boleh dimaafkan lah.Tapi ni baru 2 3 bulan kawan dah nak panggil2 sayang.Apa kesss,hehehe.
Kesimpulannya,aku tak suka orang panggil sayang.special untuk suami aku jer....dan ucapan sayang hanya untuk aku dan my hubby jer...sombong ekk....kena sombong kes mcm ni...
P/S : Kalau ada yang terpanas hati/tak suka,i tak kesah.Masing2 punya pendapat sendiri kan.hehehe .i menyampah gak baru kenal dah jatuh hati.... tetiba perasan kita pun suke kat dia....panasssss...hangin satu badan....tengok2 la.....baru 2 3 bulan dok chat, hg pun tak kenal aku dan aku pun tak kenal hg...kenal hanya dlm fb ja..mana mungkin boleh suka/jatuh hati....atau ka u tu yg kuat perasan.....bawa2 istigfar la......kalau bujang sama bujang ok lg ni ...ni dah berpunya...realistik la sikit bro ,INGAT bini dan anak k dan untuk makcik2 diluar sana ingat2 sama dah ada laki....so jaga laki baik2 k..cian kat laki kat umah tu...
jangan la mudah sgt jatuh hati kat org kat alam maya ni....chat 2 3 bulan dah ada rasa sayang kat org...apa jenis manusia ni.....kita ni dah berpunya so mesti la ada ketahanan diri..kuatkan iman,jaga maruah diri....letak kan diri mahal sikit...jgn la terlalu murah.
sayang tu jangan la semudah 123 atau semudah abc.
Jumaat, 25 Mei 2012
KATA KATA SEMANGAT DARI D.A.O
Ya, saya faham! Kita manusia biasa yang ada kelemahan dan kadang-kadang rasa "down", rasa "lemah".... Ya bagus, sebab itu menunjukkan kita masih manusia dan bukan Tuhan. Boleh down tapi jangan down lama sangat. Peninju yang bagus, mereka adalah bagus bukan setakat sahaja mereka pandai menumbuk dan attack tetapi mereka juga bagus dalam menerima tumbukan, menahannya, mengelaknya dan jika jatuh, mereka bangun cepat cepat utk bangkit melawan semula dan bukan terbaring di atas gelanggan menangisi dan meratapi kenapa gigi aku patah.... At the end of the day, kita perlu bertanggungjawab dengan keputusan yang kita telah buat, jika dah decide nak buat sesuatu, buat sampai habis! Kaannnn......
YES,YES,YES.I CAN DO IT.
biji getah.....mainan zaman kanak2.
Aku teringat masa kecik-kecik dulu.... Ada satu permainan di kampung yang jarang aku tengok budak-budak sekarang main.. Sekarang banyak lebih suka kan game Play Station jer.... Main dalam bilik... duk atas sofa yang empuk..... Pastu main game sambil mencarut-carut.... Permainan yang aku nak citer ni mungkin dah pupus kot... Tu yang aku nak citer ni.... Permainan yang aku nak citer ni ialah... main pelaga buah getah...
klik pautan dibawah......
http://tebuan-alor.blogspot.com/2011/06/permainan-dulu2.html
Ahad, 20 Mei 2012
Jumaat, 18 Mei 2012
DUGAAN
Dugaan
suatu yg senang di mulut
tapi sukar di hati
Dugaan dan hidup
dua kata punya satu jiwa
pelengkap antaranya
Dugaan
siapa bisa tahu
bila ia datang dan pergi
Dugaan wujud di situ
cuma mata tak nampak
sebab ia sering dipandang serong
dugaan adalah bebanan
hidup tanpa dugaan
impama hidup dalam kekosongan
sebab itu
hidup perlu dugaan
dan dugaan perlu hidup
manusia acap mengeluh
dugaan itu gila
ooo kalau senang tidak pulak gila
siapa beri senang
siapa beri dugaan
Dugaan dan hidup
tak mungkin berpisah
kerana mesra mereka adalah abadi
Langgan:
Catatan (Atom)