Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat mempertahankan perasaan malunya,manakala kegagahan seorang lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan rasa marahnya.
Kecantikan seorang wanita memang terletak pada bagaimana dia memperhias dirinya dengan sifat2 malu. Wanita yg sudah hilang rasa malu sudah kehilangan keanggunan dirinya.
Apa yg ingin ditegaskan disini ialah malu juga adalah motivasi terbaik manusia. kerana adanya sifat malu,ramai org terselamat dari tersandung dan jatuh terjelepuk dlm kehidupannya.Malah,pada pendpt saya,selagi manusia bertahan pada perasaan malu hidupnya akan terselamat.Sebaik sahaja dia sudah tidak berasa malu,sebahagian drpd ciri2 kemanusiaan yg ada pd dirinya sudah hilang.
Wanita dan malu adalah sinonim...tidak ada ertinya seorg wanita tanpa sifat malu.
Jika anda seorg wanita, ketahuilah anda seorg yg amat cantik tatkala anda berada diluar, anda masih boleh mempertahankan rasa malu dan lebih cantik tatkala peluang untuk berasa malu itu terbentang luas, anda masih mampu mempertahankannya,tulus dari lubuk hati anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen bila dah baca..jgn segan2 yer...