ADUHAI CINTA.....APA YANG ADA PADAMU?
Itulah keluhan Izah.
dia tidak nampak cinta bersama Aril Fatah..
apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yg kaku dan kelu itu.
untuk rindu jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan selalu mengherdik dgn kata-kata yg menyakiti hatinya dan langsung tidak mengambil berat tentang dirinya.
namun bunga bunga cinta mulai mewarnai hidup Izah..apabila dia bertemu dengan Herman ,
yg memiliki sifat romantik, penyayang, mengambil berat dan semua ciri-ciri yg baik ada pada Herman,
Herman hadir bersama dengan ayat-ayat yg mententeramkan jiwa yg sentiasa mengiringi setiap kali pertemuan di alam maya.
Izah mula nampak cinta dimana-mana.Kehadiran Herman mengindahkan dunia cintanya yg suram selama ini. Izah mengharap agar cinta nya berbalas .
dia mula hanyut menyulam mimpi dan berharap akan bersama lelaki ini....Izah lupa bahawa dia adalah isteri kepada Aril Fatah dan sedang dilamun cinta dgn suami Suri Abadi...dia hanyut seketika.......
Tiba -tiba hatinya dirobek-robek...masalah melanda dgn ketidakselesaan Herman. Herman mula teringat pada kesetiaan dan kasih sayang Suri Abadi...Herman menjadi serba salah antara cinta dan simpati. Di saat Izah memerlukan Herman untuk berkongsi suka dan duka, Herman mula rasa tidak selesa dan menjadi resah, fikiran nya mula tidak menentu... fikiran sering melayang teringatkan Suri Abadi yang dicintai dan Izah yang selalu menagih simpati ....
Herman serba salah....buntu.
Izah amat kecewa. hatinya terluka yg amat sangat...Izah memohon maaf agar hubungan nya dgn Herman tidak terputus ditengah jalan....dan merayu agar mereka dapat menjalin hubungan seperti biasa walaupun sebagai teman biasa.....
sebagai suami org Herman rasa bersalah sangat... dia amat setia pada isterinya Suri Abadi.... tapi pada masa yg sama fikiran nya buntu,bercelaru antara kasih Suri Abadi dan rayu simpati
Izah.....mampukah Herman dapat menepis cinta Izah yg membuak-buak, dan mampukah Herman mempertahankan kesetiaan cinta Suri Abadi kepadanya.
Aduhai cinta.... berikalah aku jawapannya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen bila dah baca..jgn segan2 yer...