intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mei 2012

ADUHAI CINTA ....APA YANG ADA PADAMU?

EPISOD 2



Suri abadi memejam matanya..matanya dipejam rapat,sesekali dia menghembus nafas dengan kuat...

seperti sukar untuk mengungkapkan apa yg terbuku di hati.
Adakah rasa hatinya itu benar?
atau sekadar mainan perasaannya sahaja?

Suri Abadi mengatur langkah dengan perlahan-lahan.Dadanya berdebar-debar.
Baru sebentar tadi dia menyaksikan sesuatu yang membuat hatinya hancur. 
Tubuhnya menggigil akibat terkejut dengan apa yg dilihat tadi. Hatinya sebak dihimpit perasaan sedih.
Suri Abadi menahan airmatanya dari berguguran jatuh....
Suri Abadi sedaya upaya mengawal perasaannya ........langkahnya longlai.
Suri Abadi tidak kuat untuk hadapi semua ini.

Adakah Herman suka Izah? Izah memang suka Herman...lihat dari ayat-ayatnya memang Izah amat menyukai Herman...Izah memang sudah jatuh hati pada Herman .Suri Abadi memandang Herman dengan penuh perasaan benci dan marah .... kenapa dia tidak berterus terang...
Suri Abadi merenung wajah Herman berkali-kali...
Suri abadi teringat ayat-ayat manja dan ayat-ayat mengoda Izah  kepada Herman yg dibacanya .Benci nya Suri Abadi kepada Izah..

"tiada kah lelaki lain yg kau nak goda kenapa laki aku"

Lidah kelu untuk berkata.
Suri Abadi kuatkan hati berdepan dgn Herman untuk bertanya....

Suri Abadi percayakan Herman..walaupun pada mulanya Suri Abadi tidak dpt terima...tapi bila hati Suri Abadi kembali tenang perasaan percaya pada Herman terasa kuat dalam diri .
Tetapi kadang kala ada sesuatu yg cuba menggugat kepercayaan Suri Abadi pada Herman.
Herman takkan faham perasaan Suri Abadi ketika itu..betapa sakitnya hati .

"cuba abang letakkan diri abg pada tempat suri ,abg rasa abg boleh terima keadaan itu?"
kata Suri Abadi meluahkan apa yg terbuku di hati.

Herman diam..wajah Suri Abadi ditatapnya....Herman mengatur kata satu persatu...Suri Abadi mendengarnya dgn tenang...Herman mengusap tangan Suri Abadi.

" jangan risau abang takkan tinggalkan suri "

seketika seolah-olah ada satu perasaan sebak menyerbu dihati Suri Abadi..hatinya tersentuh dan terharu.
sinar mata Herman mempamerkan keluhuran dan keikhlasan. Suri Abadi mengetap bibir menahan sebak yang menyendat dada.

"jangan ada sangsi pada cinta dan kasih sayang abang" kata Herman kepada Suri Abadi.



ADUHAI CINTA....APA YANG ADA PADAMU?





ADUHAI CINTA.....APA YANG ADA PADAMU?


Itulah keluhan Izah.
dia tidak nampak cinta bersama Aril Fatah..
apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yg kaku dan kelu itu.
untuk rindu jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan selalu mengherdik dgn kata-kata yg menyakiti hatinya dan langsung tidak mengambil berat tentang dirinya.


namun bunga bunga cinta mulai mewarnai hidup Izah..apabila dia bertemu dengan Herman ,

yg memiliki sifat romantik, penyayang, mengambil berat dan semua ciri-ciri yg baik ada pada Herman,
Herman hadir bersama dengan ayat-ayat yg mententeramkan jiwa yg sentiasa mengiringi setiap kali pertemuan di alam maya.

Izah mula nampak cinta dimana-mana.Kehadiran Herman mengindahkan dunia cintanya yg suram selama ini. Izah mengharap agar cinta nya berbalas .
dia mula hanyut menyulam mimpi dan berharap akan bersama lelaki ini....Izah lupa bahawa dia  adalah isteri kepada Aril Fatah dan sedang dilamun cinta dgn suami Suri Abadi...dia hanyut seketika.......

Tiba -tiba hatinya dirobek-robek...masalah melanda dgn ketidakselesaan Herman. Herman mula teringat pada kesetiaan dan kasih sayang Suri Abadi...Herman menjadi serba salah antara cinta dan simpati.  Di saat Izah memerlukan Herman untuk berkongsi suka dan duka, Herman mula rasa tidak selesa dan menjadi resah, fikiran nya mula tidak menentu... fikiran sering melayang teringatkan Suri Abadi yang dicintai dan Izah yang selalu menagih simpati ....
Herman serba salah....buntu.

Izah amat kecewa. hatinya terluka yg amat sangat...Izah memohon maaf agar hubungan nya dgn Herman tidak terputus ditengah jalan....dan merayu agar mereka dapat menjalin hubungan seperti biasa walaupun sebagai teman biasa.....

sebagai suami org Herman rasa bersalah sangat... dia amat setia pada isterinya Suri Abadi.... tapi pada masa yg sama fikiran nya buntu,bercelaru antara kasih Suri Abadi dan rayu simpati
Izah.....mampukah Herman dapat menepis cinta Izah yg membuak-buak, dan mampukah Herman mempertahankan kesetiaan cinta Suri Abadi kepadanya.

Aduhai cinta.... berikalah aku jawapannya.....



Ahad, 29 April 2012

cinta 5 jari


selepas tengok drama tv3-MENCINTAIMU.

TAHUKAH ANDA KENAPA CINCIN DI SARUNGKAN DI JARI MANIS PENGANTIN


tidak disarungkan di ibu jari, jari telunjuk.

ok, mari kita sama-sama mencuba aktiviti ini.


satukan kedua tgn anda dan tekuk/bengkokkan jari tengah ke bhgian dlm, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya.

IBU JARI.
cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh bukak krn ibu jari mewakili org tua kita. suatu hari nanti pasti org tua kita meninggalkan kita bila tiba masanya.tutup semula jari yg telah di buka tadi.

jari telunjuk
buka jari telunjuk,jari telunjuk mewakili adik beradik kita. mereka juga bakal memiliki keluaraga sendiri dan mereka jugak akan meninggalkan kita suatu hari nanti.tutup semula

jari kelingking
buka jari kelingking,ianya mewakili ank2 anda. suatu hari  nanti,cepat atau lambat mereka jugak akan meninggalkan kita krn mereka harus berkeluarga sendiri seperti mana anda telah lakukan.tutup semula jari.

jari manis
bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan....boleh buka tak?
hairankan knp tidak mampu untuk membuka .jari manis tersebut mewakili suami isteri,anda dan pasangan. 
tiada yg dpt memisahkan anda bersama pasangan melainkan anda sendiri yg mahukan.
 anda telah ditakdirkan untuk sehidup semati dgn pasangan.

 so hargailah pasangan anda seperti jari manis.:)



p/s : semoga aku dan pasangan seperti jari manis.


Jumaat, 27 April 2012

C.I.N.T.A

CINTA


Semua kerana cinta

tak mampu ku berdiri tanpa CINTA
 

- KEPADA PENCIPTAKU


-KPD ORG TUA KU


-KEPADA SUAMI KU


-KEPADA ANAK2 KU


-KEPADA KELUARGAKU


KPD KAWAN2 , TEMAN2  DAN SAHABAT2KU.


TERIMA KASIH


 KERANA CINTA YG MENGUATKAN AKU SEHINGGA HARI INI.......


SEMUANYA KERANA Cinta.....


Rabu, 25 April 2012

bisik bisik gelora

alhamdulillah,serabut dikepala sudah terungkai,

alhamdulillah tiada lagi resah yg berbisik di hati kecil hatiku,

akhirnya bahagia milik aku dan dia, sungguh aku amat mencintainya,

dia pertama dan moga yang terakhir tercipta untuk ku......

cinta yg berbisik di hati kan kusulam menjadi bait bait gelora beralun rindu.....


p/s:  cinta bukan sekadar mengucapkanya tapi mengusahaknnya.