intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Isnin, 20 Jun 2011

KENAPA SAYA PILIH JADI AGEN PRUBSN TAKAFUL


HARI ni tak der appointment,so dok kat umah sajer........
Disini saya nk citer sikt kenapa saya suka keja sebagai agen takaful/insurance.Sebenarnya saya tak berapa suka dengan panggilan agen insuran...saya lebih suka dengan panggilan perancang kewangan islam atau dalam bahasa inggeris financial advisor....glemer la cikit..hehehe

Sebenarnya byk sebab kenapa pilih kerjaya ini....sebenarnya kerjaya ni memerlukan byk kesabaran dan kekuatan dari segi mental....sbb bukannya senang untuk berjumpa ramai org untuk convince .....kadang2 tu down gak..tp untuk berjaya banyak ranjau yang perlu diharungi.....so buat jer la...hahaha.

ok kita serius sikit....kenapa erkk saya suka keje ni...dan saya rasa dan yakin akan menjadi kerja terakhir saya sampai bila2. saya cukup happy dan bahagia dengan kerjaya ini...ianya  boleh memberi kepuasan kepada diri saya.

Saya happy apabila dapat kongsi pengetahuan yg saya ada ttg perancangan takaful dengan kawan2,family dan juga org ramai. samada mereka terima atau tidak utk mengambil plan tersebut, tetapi ianya memberi saya kepuasan untuk berkongsi idea, mendengar luahan org serta bertukar-tukar pandangan dengan org ramai.dan jugak dapt mengembangkan muamalat islam.

Saya juga suka mendengar masalah org lain dan juga dpt memberi nasihat untuk selesaikan masalah. saya juga rasa gembira melihat ibu bapa sanggup menyimpan untuk masa depan anak mereka,saya juga gembira melihat pasangan suami isteri yng mengambil berat tentang pasangan masing2 dan menyuruh mengambil plan takaful perubatan  takut jika berlaku musibah yg tak dijangka....


Kepuasan dan kegembiraan amat jelas terpancar yg tidak terucap apabila dapat membantu mereka ketika mereka ditimpa musibah....

Saya rasa amat yakin ini lah kerjaya yg saya cari dan saya rasa tak mungkin saya dapat klau saya bukan egen takaful...semoga allah memberi kekuatan pada saya untuk terus kekal dalam bidang ini.

TERIMA KASIH PRUBSN TAKAFUL

Terima kasih prubsn.

Alhamdulilah akhirnya aku berjaya qualified untuk  insentive challenge 2011 ke Krabi Island Thailand.(3h2m) .Penerbangan Airasia.

 Hari pertama,Meeting kat Mac Donald LCCT... berlepas dari KL ke Krabi jam 1pm...perjalanan alhamdulilah baik..cuma sepanjang penerbangan ada sikit gegar krn cuaca kurang baik...so gegar la cikit membuat aku sedikit pening2 lalat...

Sampai kat krabi sekitar jam 2.45pm. checkin kat Aonag Villa Resort...rest sat...
malam ada diner...meriah sangat...Keesokannya ke pulau untuk snorkling....amat teruja.kejeti sbb kena naik bot ke pulau...kami ke pulau Phi Phi..pulau tu glamer sbb movie james bond pernah shooting kat situ,so tu yg diorg panggil pulau james bond....

2jam naik bot..takut dan gabra jugak la sbb kat tgh laut....nasib baik tak mabuk laut.pengalaman yg menakjubkan snorkling...teruja sangat sbb tak pernah....perasaan bercampur baur takut dan keinginan yg ingin mencuba..akhirnya aku berjaya untuk terjun kelaut.air laut kat sini tak berapa biru sgt...macam kehijauan so nampaklah ikan2 tu ...bila menyelam lagi la cantik..berwrna warni ikan2 ...best giler tgk ikan2 didasar laut...ketakutan yg pada mulanya.. hilang apabila melihat ikan2 tu....hehehe best la...

Jalan2 ditepi pantai lak..memang syok...pantai yg bersih..pastu byk bot2 dan sampan2 nelayan .dan cuci mata le tengok mat2 dan minah2 saleh ...hehehe

Then after rest..ptg tu kluar cari makan..sbb diorg tak sediakan makan malam.kat town ni susah gak nk cari makanan halal..sbb kebykannya diorg penganut budha.
kita mkn nasi goreng udg ja...lebih kurang sama hg kat malaysia..glamer kat town ni ..night market...tiap hari from 3pm-9pm..jln kaki aje sbb dkt ngan resort....kat night market byk jual makanan dan buah..kat sini senang cari makanan halal...klau nk senang cari yg penjual pakai tudung memang islam....cuma problem kat sini,bahasa...jrg yg dpt jumpa yg fhm BI...so kita kena adjust ckp BI slang thailand..bila nk tny "how much" baru diorg perasan kita org luar....

Sepanjang 3 hari 2mlm kat sana ,2 benda ja yg faham...Sawadikap dengan Kap Kun Kap..
2 malam kat sana memang syok giler..sunburn giler kulit .

Hari sabtu 11 jun bertolak balik....bas dah tunggu untuk hantar ke airport krabi.....souvenir tak byk beli sbb krabi bukan tempat utk bershoping rupanya...brg mahal .....lgpun yg jual kat sana mcm kat malaysia....
itulah citer aku ketika bercuti bersama prubsn takaful kat krabi island. Percutian yg tidak dpt dilupakan....
semoga aku berjaya qualified ke Turki tahun hadapan.....insyaallah.jumpa disana....TURKI ISTANBUL .....
...

Ahad, 19 Jun 2011

APAKAH ANDA CUKUP INTIM

BARU2 ni saya telah mengikuti trip prubsn ke krabi thailand(insentif  2011). Ketika menyusuri pantai yg indah disana terpandang saya pada pasangan2 mat saleh yang bersidai seperti sotong kering. Mata saya tertumpu pada pasangan ini,pasangan mat saleh ni berbadan besar,perut boroi,maklum lah kerana pakai bikini so nampak lah keboroian dan ketidakindahan badannya.

 Walaupun usia mereka sudah tua tapi keintiman pasangan itu amat mengkagumkan saya. Tujuan saya menceritakan hal ini bukannya untuk menyatakan rumahtangga org barat lebih baik dari kita. Tidak sekali-kali. Saya hanya mahu memberi perbandingan supaya minda kita lebih terbuka. Jika keintiman ini tidak pernah kita usahakan  dlm kehidupan kita suami isteri,kita amat memang bersalah apabila kehambaran mangambil alih. Kita juga memang bersalah apabila keintiman akhirnya bertukar menjadi kebencian yg tidak terluah. APAKAH ANDA CUKUP INTIM. Jika tidak dptkanlah kembali keintiman untuk rumahtangga yg bahagia.

AMARAN LEMBUT

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian , artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam blog ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun., sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan daripada suriabadi.blogspot.com. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil. Penerbit tidak bertanggungjawab terhadap maklumat yang disalahgunakan.