intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Isnin, 20 Jun 2011

KENAPA SAYA PILIH JADI AGEN PRUBSN TAKAFUL


HARI ni tak der appointment,so dok kat umah sajer........
Disini saya nk citer sikt kenapa saya suka keja sebagai agen takaful/insurance.Sebenarnya saya tak berapa suka dengan panggilan agen insuran...saya lebih suka dengan panggilan perancang kewangan islam atau dalam bahasa inggeris financial advisor....glemer la cikit..hehehe

Sebenarnya byk sebab kenapa pilih kerjaya ini....sebenarnya kerjaya ni memerlukan byk kesabaran dan kekuatan dari segi mental....sbb bukannya senang untuk berjumpa ramai org untuk convince .....kadang2 tu down gak..tp untuk berjaya banyak ranjau yang perlu diharungi.....so buat jer la...hahaha.

ok kita serius sikit....kenapa erkk saya suka keje ni...dan saya rasa dan yakin akan menjadi kerja terakhir saya sampai bila2. saya cukup happy dan bahagia dengan kerjaya ini...ianya  boleh memberi kepuasan kepada diri saya.

Saya happy apabila dapat kongsi pengetahuan yg saya ada ttg perancangan takaful dengan kawan2,family dan juga org ramai. samada mereka terima atau tidak utk mengambil plan tersebut, tetapi ianya memberi saya kepuasan untuk berkongsi idea, mendengar luahan org serta bertukar-tukar pandangan dengan org ramai.dan jugak dapt mengembangkan muamalat islam.

Saya juga suka mendengar masalah org lain dan juga dpt memberi nasihat untuk selesaikan masalah. saya juga rasa gembira melihat ibu bapa sanggup menyimpan untuk masa depan anak mereka,saya juga gembira melihat pasangan suami isteri yng mengambil berat tentang pasangan masing2 dan menyuruh mengambil plan takaful perubatan  takut jika berlaku musibah yg tak dijangka....


Kepuasan dan kegembiraan amat jelas terpancar yg tidak terucap apabila dapat membantu mereka ketika mereka ditimpa musibah....

Saya rasa amat yakin ini lah kerjaya yg saya cari dan saya rasa tak mungkin saya dapat klau saya bukan egen takaful...semoga allah memberi kekuatan pada saya untuk terus kekal dalam bidang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen bila dah baca..jgn segan2 yer...