intai-intai

jenguk sebentar untuk pengalaman hidup

Khamis, 31 Mei 2012

tips bahagia


10 tips berkongsi hidup dengan pasangan

Perkahwinan boleh menjadi satu perjalanan hidup yang menyeronokkan jika anda pandai untuk berkongsi hidup dengan pasangan anda. Berikut adalah 10 tip berkongsi hidup dengan pasangan anda.

Menjadi pendengar pada pasangan anda
Pinjamkan telinga anda pada pasangan anda. Apa sahaja yang pasangan anda utarakan anda perlu mendengar. Selain mendengar, anda perlu faham apa yang cuba di sampaikan dan ambil berat mengenainya walaupun perkara itu mudah.

Percaya
Sentiasa beri kepercayaan penuh pada pasangan anda. Jika anda menyayangi pasangan anda dengan sepenuh hati dan sentiasa tunjukkan sayang anda itu padanya, sudah pasti dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Perbaiki diri anda pada setiap masa dan percaya pada pasangan anda.

Sentiasa berkomunikasi
Jangan lakukan sesuatu perkara tanpa berbincang dengan pasangan anda. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun hal tersebut remeh. Semakin kerap anda berkomunikasi, semakin rapat hubungan anda berdua.

Akui kesilapan dan bersikap pemaaf
Jika anda lakukan kesilapan, akui kesilapan anda itu. Jika pasangan anda lakukan kesilapan, maafkan dia. Tidak rugi jika anda bersikap pemaaf terhadap seseorang yang anda sayang.

Berkongsi impian
Di sebabkan anda berkongsi hidup dengan pasangan anda, anda juga boleh berkongsi impian anda bersama-sama dengan pasangan anda. Dengan ini hubungan anda berdua akan jadi lebih rapat kerana pasangan anda memahami anda.

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Jangan bandingkan kehidupan anda berdua dengan kehidupan orang lain. Anda perlu fokus pada diri anda dan pasangan anda sahaja. Perbaiki yang mana kurang dan pupuk kasih sayang antara anda berdua. Jika anda mengikut gaya hidup orang lain, anda akan hilang fokus terhadap pasangan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda marah dengan anda.

Pengurusan wang
Pastikan kedua – dua anda bekerjasama mengawal perbelanjaan wang rumah tangga. Ini barulah hidup berkongsi di mana kedua – dua orang bekerjasama menguruskan wang. Di sebabkan pasangan anda tahu situasi wang dan bagaimana anda berbelanja, dia akan lebih percaya pada anda. Ingat, pasangan biasanya bergaduh kerana wang berbanding perkara – perkara lain.

Masa berkualiti
Walaupun anda berdua sibuk dengan urusan masing – masing, pastikan anda berdua meluangkan masa secara berdua – duaan.

Jangan berhenti dating
Walaupun anda sudah berkahwin, anda tidak perlu berhenti dating. Anda boleh teruskan aktiviti dating seperti biasa sebelum anda berkahwin. Anda boleh pergi melancong bersama – sama, menonton wayang bersama – sama dan bersiar – siar di taman bersama – sama.


Berkorban
Apabila anda berkongsi hidup, anda perlu utamakan pasangan anda dari diri anda sendiri. Anda perlu korbankan kehendak diri anda sendiri dan utamakan pasangan anda. Apabila kehendak pasangan di penuhi, barulah anda fokus pada kehendak diri sendiri. Jika tidak, anda mula pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan mejarakkan hubungan anda berdua.

KETIKA




KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN DAN KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN ...................

Selasa, 29 Mei 2012

BELAJAR JADI SETIA




Intim
BERCERAI, bercerai, bercerai... Mungkin perkataan itu yang berada di dalam fikiran dua individu bergelar suami dan isteri sebaik berlaku masalah rumah tangga.

Biarpun benar, terdapat pelbagai masalah yang boleh mencetuskan konflik rumah tangga. Namun banyak daripada kes perceraian terjadi akibat faktor kecurangan atau ketidaksetiaan terhadap pasangan.

Untuk menjadi setia, apa yang anda perlu lakukan ialah sentiasa mengingati persetujuan bersama yang telah dicapai ketika diijabkabulkan.

Orang kata berakad nikah, berwali dan bersaksi merupakan satu ikrar taat setia yang seharusnya tidak dirungkai sewenang-wenangnya oleh pasangan.

Menerusi ijab dan kabul, anda berdua telah melakukan ikrar setia terhadap pasangan dalam apa jua keadaan.

Justeru, ketika anda berada di alam rumah tangga, inilah masanya saling meletakkan tahap kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

Syak wasangka hanya akan menyebabkan anda dan pasangan hidup dalam kegelisahan.

Sepatutnya semakin lama sesuatu tempoh perkahwinan itu, lagi banyak kepercayaan terhadap pasangan dapat ditingkatkan.

Sekiranya kepercayaan ditingkatkan, andai satu hari ada pihak menuduh pasangan anda, pastinya hubungan tidak tergugat kerana anda `kenal’ siapa pasangan anda.

Anda telah memilih si dia menjadi pasangan untuk sehidup semati. Jaga tingkah laku kerana setiap perlakuan yang boleh membuatkan pasangan anda rasa tergugat atau rasa was-was boleh membawa kepada keraguan dan menyebabkan dia rasa tidak selamat.

Jangan cuba-cuba untuk bermain ‘api’ dengan mengapi-apikan hubungan sekadar untuk melihat reaksi pasangan anda. Kerana sekali pasangan anda tergugat kesetiaannya, sukar untuk dia menerima anda seperti biasa.

Anda perlu terima kenyataan yang anda kini tidak lagi bujang kerana mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan begitu juga sebaliknya.

Anda tidak boleh pergi ke mana-mana dan pulang sesuka hati. Ada yang memerlukan keputusan yang dipersetujui bersama.

Jika sudah berumahtangga, banyak yang perlu anda korbankan. Begitu juga dengan perilaku. Belajarlah berkorban demi untuk melunaskan tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga.

Sebenarnya cinta adalah kepercayaan dan tanggungjawab dan bukannya dijadikan alat untuk mengawal pasangan anda.

Sekiranya mempunyai cincin perkahwinan, pakai cincin itu untuk memberi peringatan yang anda telah berumahtangga.

Bagi yang telah agak lama berumahtangga, cuba perbaharui cara berasmara dengan isteri agar ia tidak membosankan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi hubungan seksual, sentiasalah berbincang mengenainya.

Perbuatan berkasih sayang seperti pelukan, ciuman, interaksi dan bisikan cinta sebenarnya adalah cara membuktikan perasaan cinta kepada pasangan anda selain membangkit api asmara dan kenangan terindah ketika bersama.

Sentiasa ingat mengapakah anda jatuh cinta dengan pasangan anda.

Selain itu, elakkan daripada segala bentuk pergaulan yang boleh mendatangkan ‘kesalahan’ kepada perhubungan anda. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang memberikan ‘respons’ kepada anda, jangan panik.

Paling mudah, anda cuma memikirkan yang anda kini sudah berumahtangga dan bahagia dengan perkahwinan itu dan nyatakan ke dalam diri, anda tidak berminat dengan si dia.

Elakkan diri daripada terus terjebak dengan insan-insan perosak rumah tangga seperti itu.

Lebih senang, jangan biarkan diri anda bersendirian dan jangan sesekali berjumpa sama ada rakan lelaki atau perempuan secara bersendirian di luar rumah.

ADA BERANI......




BANYAK NYA DUIT DIORANG...........

ANDA BERANI........

lemau hari hari tapi mau.....



apa nak jadi ni......
lemahnya rasa badan mcm tak de semangat je nk buat keja.
apa tah yg tak kena....?????????


Sekiranya anda rasa "lemau", kurang fokus, tertekan, malas atau emosi...... Maka sudahlah sampai masanya anda berhenti seketika bersama kit kat. Stop daripada buat apa-apa dan renungkan kembali apakah matlamat anda atau goals yang anda mesti capai dan jika perlu, reset matlamat baru yang lebih BESAR! Pada masa yang sama, kuatkan semula connection kita dengan Yang Maha Kuasa, mungkin sebab kita sibuk entah apa yang dikejar sehingga "line" kita dengan DIA tak berapa clear coveragenya atau selalu "touch & go". Ingatan buat diriku yang selalu lupa! -DAO-



Isnin, 28 Mei 2012

mesteri lembaga wanita dlm kereta


 “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.


nak tahu lebih lanjut klik kat sini yer....






Ahad, 27 Mei 2012

kalau wanita sudah hilang malu



Kecantikan seorang wanita terletak sejauh mana dia dapat mempertahankan  perasaan malunya,manakala kegagahan seorang lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan rasa marahnya.

Kecantikan seorang wanita memang terletak pada bagaimana dia memperhias dirinya dengan sifat2 malu. Wanita yg sudah hilang rasa malu sudah kehilangan keanggunan dirinya.

Apa yg ingin ditegaskan disini ialah malu juga adalah motivasi terbaik manusia. kerana adanya sifat malu,ramai org terselamat dari tersandung dan jatuh terjelepuk dlm kehidupannya.Malah,pada pendpt saya,selagi manusia bertahan pada perasaan malu hidupnya akan terselamat.Sebaik sahaja dia sudah tidak berasa malu,sebahagian drpd ciri2 kemanusiaan yg ada pd dirinya sudah hilang.
Wanita dan malu adalah sinonim...tidak ada ertinya seorg wanita tanpa sifat malu.

Jika anda seorg wanita, ketahuilah anda seorg yg amat cantik tatkala anda berada  diluar, anda masih boleh mempertahankan rasa malu dan lebih  cantik tatkala peluang untuk berasa malu itu terbentang luas, anda masih mampu mempertahankannya,tulus dari lubuk hati anda.

Sabtu, 26 Mei 2012

sayang semudah ABC



Sayang Semudah ABC

Assalamualaikum.Hari ni Nak cakap sikit .Korang perasaan tak ada manusia yang senang sangat ucapkan kata2 sayang ni.Kadang tuh baru kawan sebulan dua dah terhegeh-hegeh nak panggil2 sayang,darling,honey lah.Memang hegeh betol kan.Rasa nak  siku2 jer org ni.

Terus terang cakap aku memang cukup menyampah dengan spesies manusia yang macam ni.Lantak lah orang nak cakap aku ni kampung or kuno ka,aku tak kesah.Janji aku tak kacau hidup korang kan.

Situasi yang selalu terjadi :

Gatal : hai sayang.Dah lama tak chat kan sayang.
Malu : Huish! xsuka la panggil2  syg!
Gatal : hai!Tu pon nk marah.i mmg pgl syg dekat suma kwn i tauu!
Malu : Tak kesah lah, tp i xsuka.
Gatal : Eleh u ni ..i gurau jer...sory la kalau tak suka....hehehe. i promise i tak buat lg...

====Gatal has signed out===

Tu contoh yang pernah jadi dekat i.Memang i tak suka.Nampak mudahnya u panggil2 i sayang .Terima kasih ja lah ek,u simpanlah word sayang tuh untuk manusia lain.i tak suka!

Nampak macam tak special word sayang tuh bila semua orang tibai panggil sayang.Lagi satu kalau u dah kawan dengan i lama & sangat rapat takpa lah juga,boleh dimaafkan lah.Tapi ni baru 2 3 bulan kawan dah  nak panggil2 sayang.Apa kesss,hehehe.

Kesimpulannya,aku tak suka orang panggil sayang.special untuk suami aku jer....dan ucapan sayang hanya untuk aku dan my hubby jer...sombong ekk....kena sombong kes mcm ni...


P/S : Kalau ada yang terpanas hati/tak suka,i tak kesah.Masing2 punya pendapat sendiri kan.hehehe .i menyampah gak baru kenal dah jatuh hati.... tetiba perasan kita pun suke kat dia....panasssss...hangin satu badan....tengok2 la.....baru  2 3 bulan dok chat, hg pun tak kenal aku dan aku pun tak kenal hg...kenal hanya dlm fb ja..mana mungkin boleh suka/jatuh hati....atau ka u tu yg kuat perasan.....bawa2 istigfar la......kalau bujang sama bujang ok lg ni ...ni dah berpunya...realistik la sikit bro ,INGAT bini dan anak k dan untuk makcik2 diluar sana ingat2 sama dah ada laki....so jaga laki baik2 k..cian kat laki kat umah tu...

jangan la mudah sgt jatuh hati kat org kat alam maya ni....chat 2 3 bulan dah ada rasa sayang kat org...apa jenis manusia  ni.....kita ni dah berpunya so mesti la ada ketahanan diri..kuatkan iman,jaga maruah diri....letak kan diri  mahal sikit...jgn la terlalu murah.

sayang tu jangan la semudah 123 atau semudah abc.

Jumaat, 25 Mei 2012

KATA KATA SEMANGAT DARI D.A.O





Ya, saya faham! Kita manusia biasa yang ada kelemahan dan kadang-kadang rasa "down", rasa "lemah".... Ya bagus, sebab itu menunjukkan kita masih manusia dan bukan Tuhan. Boleh down tapi jangan down lama sangat. Peninju yang bagus, mereka adalah bagus bukan setakat sahaja mereka pandai menumbuk dan attack tetapi mereka juga bagus dalam menerima tumbukan, menahannya, mengelaknya dan jika jatuh, mereka bangun cepat cepat utk bangkit melawan semula dan bukan terbaring di atas gelanggan menangisi dan meratapi kenapa gigi aku patah.... At the end of the day, kita perlu bertanggungjawab dengan keputusan yang kita telah buat, jika dah decide nak buat sesuatu, buat sampai habis! Kaannnn......


YES,YES,YES.I CAN DO IT.




biji getah.....mainan zaman kanak2.



Aku teringat masa kecik-kecik dulu.... Ada satu permainan di kampung yang jarang aku tengok budak-budak sekarang main.. Sekarang banyak lebih suka kan game Play Station jer.... Main dalam bilik... duk atas sofa yang empuk..... Pastu main game sambil mencarut-carut.... Permainan yang aku nak citer ni mungkin dah pupus kot... Tu yang aku nak citer ni.... Permainan yang aku nak citer ni ialah... main pelaga buah getah...


klik pautan dibawah......
http://tebuan-alor.blogspot.com/2011/06/permainan-dulu2.html

Jumaat, 18 Mei 2012

DUGAAN

Dugaan
suatu yg senang di mulut
tapi sukar di hati

Dugaan dan hidup
dua kata punya satu jiwa
pelengkap antaranya 

Dugaan
siapa bisa tahu
bila ia datang dan pergi

Dugaan wujud di situ
cuma mata tak nampak
sebab ia sering dipandang serong
dugaan adalah bebanan

hidup tanpa dugaan
impama hidup dalam kekosongan
sebab itu
hidup perlu dugaan
dan dugaan perlu hidup

manusia acap mengeluh
dugaan itu gila
ooo kalau senang tidak pulak gila
siapa beri senang
siapa beri dugaan

Dugaan dan hidup 
tak mungkin berpisah
kerana mesra mereka adalah abadi

SAMPAH

ku paksa diriku 
hirup duka lama setiap hari
memamah sengsara yg basi
kasihannya aku pada diriku
bodohnya aku

sebenarnya,
tabir duka itu tak perlu lagi.
aku perlu selak 
dan gantikan dengan tabir baru
kumpul lah sisa kenangan luka,

buangkan saja
sumbat dlm tong sampah 
segala kuman dan kudis semalam
buat apa biarkan luka berbingkai didinding

untuk apa duri dendam dijadikan permaidani
lucutkan rantai resah yg melilit leher dan melemaskan itu 

bakul sampah ku penuh hari ini
banyak sampah yg perlu ku buang 
mesti dilupuskan
tak perlu kitar semula

semalam adalah sisa toksid yg meracun masa depan
aku tidak perlu berenang dlm sampah sarap sepanjang masa

mana tong sampah yg lebih besar?
segala nya akan ku buang...

mengumpul duka bukan kegemaran ku
kenapa perlu yg hitam bila putih menenangkan?

kenapa perlu cari payah bila senang menghulurkan salam
hidup harus melangkah ke depan
terus maju kedepan.

Khamis, 17 Mei 2012

kucing

hari ni nak citer pasal kucing......


disebabkan mak aku tak ade..balik langkawi, aku la dok jadi 


tukang bg makan kat kucing dia...



ni nak citer sikit pasai perangai kucing .


perangai kucing camner yer sama tak ngan orang


kucing ni manja...suka dibelai-belai


aku..?


 manja jugak dan suka gak dibelai-belai


so ada persamaan la  kann...hehehe          


kucing ni suka main-main...nakal


tapi aku??


ooooo                                

nakal?


ada jugak la....hahaha


tapi.....aku,


aku tak suka dipermainkan .


opp sorry.....


boleh ker banding kucing dengan orang.

Rabu, 9 Mei 2012

RASA HATI

RAHSIA HATI...

SEKEPING HATI, MAMPU MENGUNGKAP SEJUTA RASA ,

MAMPU MENYIMPAN SEJUTA RASA









Melangkah ku bukan kerana benci...

Melangkah ku bukan kerana marah....

Melangkah aku kerana rasa...

Rasa yang kau beri .......


Terima kasih duhai HATI.

Ahad, 6 Mei 2012

TRY AND ERROR

sudah 2 minggu aku cuba menghayati watak-watak,
cuba mainkan lagu-lagu yg menyentuh hati dan perasaan..

sebenarnya aku cuba untuk menjadi seorang penulis novel ke,cerpen ker ..(dalam blog ja la) test power. cuba nak tulis kisah cinta la konon ..... dok dengaq kawan2 dok bercerita kisah2 depa dan dok lihat ...so rasa nk tulis la...

tapi memang aku tak boleh....memang tak boleh..
ini bukan bidang aku.....bidang aku adalah dengan takaful..aku happy bila wat kerja ni....

tapi bila aku cuba untuk berjinak-jinak untuk menulis memang aku tak boleh.tak ada idea...idea statik jer...mendatar dan tak menarik.so apa lagi boleh blah la...hahahaha

cerita yang aku buat kat blog tempohari tu adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan org hidup atau mati...kalau terkena atau terasa hati tu adalah satu kebetulan sahaja.

maka aku akan berhenti disini aje.......kerana aku akan meneruskan kerjaya aku sebagai ajen takaful...kerana masih ramai lagi org diluar sana yg inginkan takaful..dan untuk mengembangkan muamalat islam..

so good bye babey.......

Sabtu, 5 Mei 2012

ADUHAI CINTA ....APA YANG ADA PADAMU?

EPISOD 2



Suri abadi memejam matanya..matanya dipejam rapat,sesekali dia menghembus nafas dengan kuat...

seperti sukar untuk mengungkapkan apa yg terbuku di hati.
Adakah rasa hatinya itu benar?
atau sekadar mainan perasaannya sahaja?

Suri Abadi mengatur langkah dengan perlahan-lahan.Dadanya berdebar-debar.
Baru sebentar tadi dia menyaksikan sesuatu yang membuat hatinya hancur. 
Tubuhnya menggigil akibat terkejut dengan apa yg dilihat tadi. Hatinya sebak dihimpit perasaan sedih.
Suri Abadi menahan airmatanya dari berguguran jatuh....
Suri Abadi sedaya upaya mengawal perasaannya ........langkahnya longlai.
Suri Abadi tidak kuat untuk hadapi semua ini.

Adakah Herman suka Izah? Izah memang suka Herman...lihat dari ayat-ayatnya memang Izah amat menyukai Herman...Izah memang sudah jatuh hati pada Herman .Suri Abadi memandang Herman dengan penuh perasaan benci dan marah .... kenapa dia tidak berterus terang...
Suri Abadi merenung wajah Herman berkali-kali...
Suri abadi teringat ayat-ayat manja dan ayat-ayat mengoda Izah  kepada Herman yg dibacanya .Benci nya Suri Abadi kepada Izah..

"tiada kah lelaki lain yg kau nak goda kenapa laki aku"

Lidah kelu untuk berkata.
Suri Abadi kuatkan hati berdepan dgn Herman untuk bertanya....

Suri Abadi percayakan Herman..walaupun pada mulanya Suri Abadi tidak dpt terima...tapi bila hati Suri Abadi kembali tenang perasaan percaya pada Herman terasa kuat dalam diri .
Tetapi kadang kala ada sesuatu yg cuba menggugat kepercayaan Suri Abadi pada Herman.
Herman takkan faham perasaan Suri Abadi ketika itu..betapa sakitnya hati .

"cuba abang letakkan diri abg pada tempat suri ,abg rasa abg boleh terima keadaan itu?"
kata Suri Abadi meluahkan apa yg terbuku di hati.

Herman diam..wajah Suri Abadi ditatapnya....Herman mengatur kata satu persatu...Suri Abadi mendengarnya dgn tenang...Herman mengusap tangan Suri Abadi.

" jangan risau abang takkan tinggalkan suri "

seketika seolah-olah ada satu perasaan sebak menyerbu dihati Suri Abadi..hatinya tersentuh dan terharu.
sinar mata Herman mempamerkan keluhuran dan keikhlasan. Suri Abadi mengetap bibir menahan sebak yang menyendat dada.

"jangan ada sangsi pada cinta dan kasih sayang abang" kata Herman kepada Suri Abadi.



ADUHAI CINTA....APA YANG ADA PADAMU?





ADUHAI CINTA.....APA YANG ADA PADAMU?


Itulah keluhan Izah.
dia tidak nampak cinta bersama Aril Fatah..
apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yg kaku dan kelu itu.
untuk rindu jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan selalu mengherdik dgn kata-kata yg menyakiti hatinya dan langsung tidak mengambil berat tentang dirinya.


namun bunga bunga cinta mulai mewarnai hidup Izah..apabila dia bertemu dengan Herman ,

yg memiliki sifat romantik, penyayang, mengambil berat dan semua ciri-ciri yg baik ada pada Herman,
Herman hadir bersama dengan ayat-ayat yg mententeramkan jiwa yg sentiasa mengiringi setiap kali pertemuan di alam maya.

Izah mula nampak cinta dimana-mana.Kehadiran Herman mengindahkan dunia cintanya yg suram selama ini. Izah mengharap agar cinta nya berbalas .
dia mula hanyut menyulam mimpi dan berharap akan bersama lelaki ini....Izah lupa bahawa dia  adalah isteri kepada Aril Fatah dan sedang dilamun cinta dgn suami Suri Abadi...dia hanyut seketika.......

Tiba -tiba hatinya dirobek-robek...masalah melanda dgn ketidakselesaan Herman. Herman mula teringat pada kesetiaan dan kasih sayang Suri Abadi...Herman menjadi serba salah antara cinta dan simpati.  Di saat Izah memerlukan Herman untuk berkongsi suka dan duka, Herman mula rasa tidak selesa dan menjadi resah, fikiran nya mula tidak menentu... fikiran sering melayang teringatkan Suri Abadi yang dicintai dan Izah yang selalu menagih simpati ....
Herman serba salah....buntu.

Izah amat kecewa. hatinya terluka yg amat sangat...Izah memohon maaf agar hubungan nya dgn Herman tidak terputus ditengah jalan....dan merayu agar mereka dapat menjalin hubungan seperti biasa walaupun sebagai teman biasa.....

sebagai suami org Herman rasa bersalah sangat... dia amat setia pada isterinya Suri Abadi.... tapi pada masa yg sama fikiran nya buntu,bercelaru antara kasih Suri Abadi dan rayu simpati
Izah.....mampukah Herman dapat menepis cinta Izah yg membuak-buak, dan mampukah Herman mempertahankan kesetiaan cinta Suri Abadi kepadanya.

Aduhai cinta.... berikalah aku jawapannya.....



Rabu, 2 Mei 2012

RAPUH




DETIK WAKTU TERUS BERJALAN
BERHIAS GELAP DAN TERANG
SUKA DAN DUKA
TANGIS DAN TAWA
TERGORES BAGAI LUKISAN

SERIBU MIMPI BERJUTA SEPI
HADIR BAGAI TEMAN SEJATI
DIANTARA LELAHNYA JIWA
DLM RESAH DAN AIR MATA
KU PERSEMBAHKAN KEPADAMU
YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU

MESKI PUN RAPUH DALAM LANGKAH
KADANG TAK SETIA KEPADAMU
NAMUN CINTA DALAM JIWA
HANYALAH PADAMU

MAAFKANLAH BILA HATI
TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
DALAM DADA KU BERHARAP HANYA
DIRIMU YG BERTAKHTA

DEMI WAKTU TERUS BERLALU
SEMUA BERAKHIR PADAMU


Saya suka lagu ni...nk dengar lagu ni p kat YOUTUBE k......tajuk dia RAPUH...By OPICK

kalau dihayati lagu ni memang sedih sebenarnya....lagu ni menceritakan betapa lemahnya iman kita..sekejap naik sekejap turun....tapi tak apa...kita try jadi yg terbaik.....




belon

awak ibarat belon....

sekali saya lpskan awak mungkin saya tak mampu capai awak lagi.....

sebab itulah saya ikat awak kuat2 dalam hati saya.....

namun seandainya ia pecah kerana takdir allah taala ,

 baki belonnya masih di hati